"Saya marah pada diri sendiri jika tidak sempat menulis kisah hidup kerana satu sebab ini...

Apabila saya berusia 60 tahun, saya tidak mahu memandang ke luar tingkap dan berkata, "Alangkah bagusnya jika dulu aku menulis kisah hidup supaya saya kekal mengingati dan diingati.

Saya tidak mahu membelanjakan hari ini dengan tidak buat apa-apa dan menerima dividen rasa bersalah pada usia tua.

Tak mahu pada waktu itu marahkan diri sendiri kerana tak buat sesuatu ketika peluang di depan mata.

Mujur saya bermula di sini.

"Tak pernah sangka, angan-angan bertahun-tahun menulis kisah hidup berlaku di sini dalam satu hari sahaja. Insya-Allah."

Anda ditakdirkan berada di tempat yang betul.

Mendapat bimbingan terus daripada jurulatih sukses penulisan buku pertama.  perunding profesional penerbitan dan penulis 25 buah buku

Dia merupakan finalis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian 2010. Tiga Terbaik dalam Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian 2011, Finalis Anugerah Buku PNM-RTM 2013, Naib Juara Page to Pitch (P2P), Media 360, Kuala Lumpur Trade and Copyright Centre (KLTCC) dan Finalis The Beauty and Book Award 2017,  Frankfurt Book Fair, Jerman.

Semua yang terbaik
dalam menulis buku kisah hidup diberikan terus kepada anda.

Kenapa anda ditakdirkan berada di sini sekarang?

Petikan kulit belakang buku kisah hidup Khadijah Tok Selehor yang ditulis oleh Dato Dusuki Ahmad memberitahu sebabnya;

"Aku tidak mahu apabila anak cucu aku mati nanti, mereka hanya dikenang melalui tiga baris ungkapan pada batu nisan iaitu nama, tarikh lahir dan tarikh mati. Kemudian ditinggalkan di situ bersama-sama mereka yang tidak bernama."

Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim

Penulis Prolifik

Kursus penulisan, ada yang bertanya ... saya senyum sahaja.

Setelah beberapa kali cuba menyampaikan "cara saya menulis," saya fikir saya tidak mempunyai tahap kesabaran peringkat tinggi.

Saya cadangkan pergi belajar dengan tuan Zamri Mohamad ....

....Saya lihat mereka berbakat besar untuk melahirkan penulis baru.

Insya-Allah

Petikan Facebook 12 Februari 2018


Screenshot buku kisah hidup hasil peserta bengkel

Screenshot buku kisah hidup hasil peserta bengkel

Screenshot buku kisah hidup hasil peserta bengkel


"Sehingga sekarang, 15 topik kisah hidup sudah pun ditulis oleh mereka bermula dari kosong."

Jika mahu menulis salah satu kisah hidup di bawah, anda berada di tempat yang sudah terbukti mencipta hasil. Insya-Allah.

  • Ibu menulis kisah anak
  • Anak menulis kisah ibu
  • Pengalaman melalui ujian kesihatan
  • Turun naik dalam perkahwinan 
  • Pengalaman belajar di sekolah menengah
  • Pengalaman belajar di universiti
  • Pengalaman menetap di satu tempat
  • Kembara negeri dan negara
  • Pengalaman memelihara haiwan
  • Pengalaman kerjaya 
  • Pengalaman paranormal
  • Peristiwa ibadah seperti haji dan umrah
  • Berkenaan majikan di tempat kerja
  • Pengalaman jatuh bangun dalam bisnes
  • Isteri menulis kisah bersama pasangan

"Hajat bekas pesakit buah pinggang menulis kisah anak-anak tercapai."

Disebabkan penyakit buah pinggang yang dialami, ibu ini hanya dibenarkan dua orang anak oleh para doktor. Pengalaman itu ditulis dalam buku,  Kurnia; A to Z. Ashraf to Zakiy.

Dalam keterujaan, Puan Norhafizah Manaf, alumni bengkel  memaklumkan , "Buku sudah siap dicetak dan akan menemui pembaca."

Lebih menarik 90 peratus buku yang dicetak sudah siap ditempah dan dibayar oleh pembaca

Kata Puan Norhafizah, "Terima kasih Allah, dalam usia ini dan dengan keadaan kesihatan aku yang tidak menentu ini, Allah telah beri izin sehingga lahir buku Kurnia A to Z ini. Sesuatu yang insya-Allah dapat aku titipkan pada cucu tercinta, Aya, dan cucu-cucu lain seterusnya. Sekiranya nanti ada yang tak sempat aku temui dan kenali, semoga melalui buku ini, mereka akan kenal Uwan mereka ini dan dapat merasakan betapa kasih dan sayang Uwan mereka sentiasa ada bersama mereka. Semoga Allah mengizinkan."

Bagaimana pula dengan anda?

Rancang kejayaan buku kisah hidup pertama. Baca sehingga titik akhir

"Formula Tulis Kisah Hidup Mudah Diamalkan Tempoh 30 Hari."

Hanya ambil masa 30 hari? 

Saya banyak cerita dalam kepala. Tetapi merata-rata perginya.

Apabila mahu menulis, saya mati akal. Takut juga jika tidak sedap dibaca. 

Ketakutan ini dijawab dengan taktik dan cara, menggodam pemikiran dan penulisan sendiri, sehingga dapat menulis dalam tempoh 30 hari.

Sedangkan saya bermula kosong.

Sejak tahun 2009, saya amalkan formula asas tulis, terbit dan tuju. 

"Pengalaman kerja tidak hilang. Disimpan lama dalam buku pertama kisah hidup di pejabat."

Screenshot buku kisah hidup hasil peserta bengkel

"Sukses menulis kisah hidup anak dan ibu agar diingati dan mengingati."

Screenshot buku kisah hidup hasil peserta bengkel


Bengkel Tulis & Terbit Kisah Hidup

Kuasai sekali, tulis buku kisah hidup berkali-kali

Tarikh

Ahad, 10 Mac, 2019

Masa

9.30 pagi - 5.00 petang

LOKASI

Akademi Penulisan Must Read

Akademi Penulisan Must Read
40-2, Jalan Wangsa Setia 1, Taman Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waze

Klik di sini 

https://goo.gl/maps/v3ZKhut2HL...

Dapatkan 8 Modul Menulis Kisah Hidup

Atur cara sebelum, semasa dan selepas bengkel

MODUL (1) MERANCANG

Sebelum bengkel. Akses persiapan menulis kisah hidup diberikan 7 hari sebelum bengkel. Set video eksklusif dan set soalan daripada trainer akan membantu dalam persediaan bahan yang sesuai kepada anda. 

MODUL (2) MENULIS

Pada hari bengkel. Kita bermula dari kosong. Kuasa cara

  • Menyusun peta kisah hidup agar mudah dibaca
  • Membina soalan-soalan kisah hidup yang membantu memanjangkan cerita.
  • Menguasai jenis-jenis kisah hidup dalam pasaran.
  • Cra mudah menulis ayat pertama sehingga mencapai 25,000 ayat dalam buku umum pertama.
  • Mencetuskan idea dan dijadikan aset buku melalui timeline tulis sampai siap.

Teknik Teks, Visual dan Format diaplikasi sepanjang bengkel. 

MODUL (3) MENERBIT

Pada hari bengkel. Kita kurangkan risiko terbakar tangan (duit). Kuasai model

  • Rancangan tunai untuk cetak sendiri pada kos rendah.
  • Mengetahui apa yang dimahukan dan dicari-cari penerbit dalam kisah hidup sehingga mereka mahu terbitkan segera.
  • Belajar juga cara menulis proposal buku dimahukan penerbit, jika tidak mahu terbit sendiri.

Teknik Bajet, Kualiti dan Bahan diberikan.

MODUL (4) MENCIPTA

Pada hari bengkel.  Kuasai cara membaca fikiran penerbit dan pembaca sebelum ayat pertama ditulis. Tidak ada rasa bimbang siapa akan baca buku pertama saya.

  • Belajar peta tahu dan mahu dalam diri pembaca. Gunakan kaedah apa di tangan bagi membina 1000 pembaca pertama.

Teknik validasi, pra pemasaran dan pesanan sebelum terbit akan dipraktikkan.

MODUL (5) LANJUTAN

Selepas bengkel. Peserta akan dihubungi oleh trainer dan susulan selama 45 hari secara online bermula.

Anda akan berinteraksi, berkongsi hasil kerja dan mendapatkan maklum balas sepanjang tempoh ini.

MODUL (6) KOMUNITI

Selepas bengkel. Anda dimasukkan dalam grup tertutup sokongan penulisan.

Lebih 100 orang penulis akan membantu. Lontarkan hasil penulisan di situ dan dapatkan maklum balas.

MODUL (7) SOKONGAN

Selepas bengkel. Bahan-bahan teks, audio dan visual diberikan. Hebahan peluang penulisan diberikan.

Anda mendapat lebih banyak panduan dan menghidu lebih banyak peluang.

MODUL (8) COACHING

Selepas bengkel. Jika anda konsisten mengikuti modul, beramal secara berterusan dan berjadual atas saranan trainer, maka berpeluang dipilih untuk sesi minum kopi dan coaching. Bergantung pada terma dan syarat.

Yuran Profesional RM780 Tetapi...

Peserta mendaftar sahaja sekarang terus mendapat potongan 50% (RM390)
 

8 Modul + 7 Hari Sebelum Bengkel + 1 Hari Bengkel + 45 Hari Susulan + Komuniti Sokongan  + Bahan Selepas Bengkel + Coaching


PENGALAMAN MEMBESARKAN ANAK AUTISM BERJAYA DIBUKUKAN

Alumni Puan Ainizal Abdul Latif

Pagi tadi saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari Puan Saadiah dari Karangkraf , memaklumkan kepada saya bahawa mereka menerima proposal saya untuk diterbitkan. 

Pada awalnya, saya dijanjikan akan dihubungi dalam tempoh dua minggu, namun kurang dari seminggu saya telah mendapat berita gembira ini. 

Tuan, atas izin Allah,pelaburan saya ke kelas Tuan, sangat berbaloi saya rasakan. 

Duah buah buku pertama dalam tahun pertama Genius dari Syurga dan Didik Anak Connect Dengan Allah

KISAH SUKA DUKA 10 TAHUN 'MENUNGGU' AKHIRNYA MENJADI BUKU

Alumni Puan Norzura Ismail

Kisah selama 10 tahun berkahwin kekal bersabar, berusaha dan bersangka baik kepada Allah sehinggalah dikurniakan seorang anak berjaya ditulis dan diterbitkan. Buku berjudul Menanti Anak Syurga sudah dalam pasaran.

HAJAT PESANAN IBU KEPADA ANAK MENJADI SEBUAH BUKU TERCAPAI

Alumni Puan Tiny Azleen Yahya

Sibuk dengan tugas sebagai setiausaha, mengurus keluarga dan pengajian PhD, buku pertama beliau, Kerana Aku Hamba-Nya diterbitkan dan mendorong ramai pembaca mengenai kehidupan. 

MEREKA BERIKAN KEKUATAN TULIS SEHINGGA TERBIT

Alumni Datin Maiza Abdul Kadir

Dulu, saya ini perahsia sangat. Tak suka berkongsi cerita. Tak suka berkongsi perasaan. Tetapi menerusi coaching dan seminar penulisan, melalui kumpulan sokongan antara penulis lama dan baru , maka muncul sedikit keberanian mendepani diri dan menulis buku tentang cerita sendiri. 

Itupun....selepas dibelasah cukup-cukup oleh coach Tuan Zamri Mohamad. Kata beliau jika menunggu tulisan yang sempurna dari orang yang sempurna memang tak akan pernah siaplah buku kita.

Menulis kisah sendiri memerlukan keberanian yang bukan sedikit.

Apa lagi kalau diri dikuasai rasa begitu kerdil dan tidak layak menginspirasi.

Tanpa mentor tanpa kumpulan sokongan dan follow up coaching penulisan, mungkin buku Hadiah Dari Tuhan tidak ditulis sampai tuju kepada pembaca.

Respon 2 Februari dan  20 Julai 2016

DUA MANUSKRIP SIAP SELEPAS BENGKEL

Alumni Cik Puan Farrawati Sabil

Selepas hadir di bengkel penulisan pada sesi lalu, manuskrip pertama siap seminggu selepas bengkel. Sekarang, dalam proses siapkan manuskrip kedua. Menikmati proses menulis dan tidak stress, tulis sahaja dan keajaiban berlaku. Idea mencurah, terima kasih

Bengkel Tulis & Terbit Kisah Hidup

Kuasai sekali, tulis buku kisah hidup berkali-kali

Apa itu kisah hidup? Menulis kisah kehidupan sendiri termasuklah kisah kerjaya atau keluarga. Ditulis bertujuan menyimpan kenangan hidup atau untuk diterbitkan sebagai bacaan awam.  

Tarikh

Ahad, 10 Mac 2019

Masa

9.30 pagi - 5.30 petang

LOKASI

Akademi Penulisan Must Read

Akademi Penulisan Must Read
40-2, Jalan Wangsa Setia 1, Taman Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waze

Klik di sini 

https://goo.gl/maps/v3ZKhut2HL...

PEMUDAH CARA

Zamri Mohamad

Penulis, konsultan beberapa rumah penerbit dan perunding agensi perbukuan.

Tip-tip penulisan yang diberikan dapat diamalkan 24 jam. Beliau diikuti hampir 20,000 di Facebook.

Kerap melibatkan diri di festival penulis dalam dan luar negara.

Sebelum ini pernah memenuhi panggilan bengkel untuk komuniti di Malaysia, Australia, Singapura, Mesir dan Korea.

 

Satu persatu buku peserta bengkel terhasil selepas bengkel. Sama ada melalui penerbit mahu pun diterbitkan sendiri.

Screenshot buku kisah hidup hasil peserta bengkel

Dapatkan 8 Modul Menulis Kisah Hidup

Atur cara sebelum, semasa dan selepas bengkel

MODUL (1) MERANCANG

Sebelum bengkel. Akses persiapan menulis kisah hidup diberikan 7 hari sebelum bengkel. Set video eksklusif dan set soalan daripada trainer akan membantu dalam persediaan bahan yang sesuai kepada anda. 

MODUL (2) MENULIS

Pada hari bengkel. Kita bermula dari kosong. Kuasa cara

  • Menyusun peta kisah hidup agar mudah dibaca
  • Membina soalan-soalan kisah hidup yang membantu memanjangkan cerita.
  • Menguasai jenis-jenis kisah hidup dalam pasaran.
  • Cra mudah menulis ayat pertama sehingga mencapai 25,000 ayat dalam buku umum pertama.
  • Mencetuskan idea dan dijadikan aset buku melalui timeline tulis sampai siap.

Teknik Teks, Visual dan Format diaplikasi sepanjang bengkel. 

MODUL (3) MENERBIT

Pada hari bengkel. Kita kurangkan risiko terbakar tangan (duit). Kuasai model

  • Rancangan tunai untuk cetak sendiri pada kos rendah.
  • Mengetahui apa yang dimahukan dan dicari-cari penerbit dalam kisah hidup sehingga mereka mahu terbitkan segera.
  • Belajar juga cara menulis proposal buku dimahukan penerbit, jika tidak mahu terbit sendiri.

Teknik Bajet, Kualiti dan Bahan diberikan.

MODUL (4) MENCIPTA

Pada hari bengkel.  Kuasai cara membaca fikiran penerbit dan pembaca sebelum ayat pertama ditulis. Tidak ada rasa bimbang siapa akan baca buku pertama saya.

  • Belajar peta tahu dan mahu dalam diri pembaca. Gunakan kaedah apa di tangan bagi membina 1000 pembaca pertama.

Teknik validasi, pra pemasaran dan pesanan sebelum terbit akan dipraktikkan.

MODUL (5) LANJUTAN

Selepas bengkel. Peserta akan dihubungi oleh trainer dan susulan selama 45 hari secara online bermula.

Anda akan berinteraksi, berkongsi hasil kerja dan mendapatkan maklum balas sepanjang tempoh ini.

MODUL (6) KOMUNITI

Selepas bengkel. Anda dimasukkan dalam grup tertutup sokongan penulisan.

Lebih 100 orang penulis akan membantu. Lontarkan hasil penulisan di situ dan dapatkan maklum balas.

MODUL (7) SOKONGAN

Selepas bengkel. Bahan-bahan teks, audio dan visual diberikan. Hebahan peluang penulisan diberikan.

Anda mendapat lebih banyak panduan dan menghidu lebih banyak peluang.

MODUL (8) COACHING

Selepas bengkel. Jika anda konsisten mengikuti modul, beramal secara berterusan dan berjadual atas saranan trainer, maka berpeluang dipilih untuk sesi minum kopi dan coaching. Bergantung pada terma dan syarat.

Yuran Profesional RM780 Tetapi...

Peserta mendaftar sahaja sekarang terus mendapat potongan 50% (RM390) 

8 Modul + 7 Hari Sebelum Bengkel + 1 Hari Bengkel + 45 Hari Susulan + Komuniti Sokongan  + Bahan Selepas Bengkel + Coaching

"Agar turun naik tidak dilupai, buku kisah hidup bisnes menjadikan beliau diikuti kumpulan anak muda."

Puan Mahanom menulis buku kisah hidup Kontraktor Jalanan selepas menghadiri bengkel.

Terus habis jualan pusingan pertama, dia menukar kulit buku agar kena pada khalayak kontraktor muda.

Buku masih diulang cetak.

Buku itu juga menjadi pintu panggilan kelas-kelas seluruh semenanjung. Malah buku yang sama dikhabarkan sudah dibaca oleh remaja sekolah. Sebuah buku kisah hidup bisnes yang merentasi khalayak pembaca kesan daripada kulit buku.

"Selepas bengkel, saya terus menerus menulis kisah kucing yang mengubah hidup kami sekeluarga."

Sseorang wanita yang berusaha memberi nafas pada perkataan. Puan Zalimah Ismail menghadiri bengkel penulisan pada tahun lalu. 

Dia tetap mahu datang dan bersabar mengharungi perjalanan yang perlahan.

Lampu merah yang menyala pada setiap kenderaan beratur panjang sedang menunggu giliran masuk ke simpang atau terus berada di jalan utama.

Hujan sejak pagi tadi belum ada tanda-tanda menurunkan titisan terakhir.

Setitik demi setitik terus membasahi Kuala Lumpur.

Kerana dia tidak mahu trainer tertunggu-tunggu, fail manuskrip sudah pun dikirimkan terlebih dahulu melalui kiriman mesej dalam Messenger.

Akhirnya dia muncul.

Dia membawa helaian kertas bercetak mengandungi senarai bab dan hasil penulisan yang diusahakan.

Belajar sekali, tulis berkali-kali.

Alihkan penyeksaan ke atas diri menunggu waktu sesuai dengan bertindak pada hari ini.

 

KISAH PINDAH RUMAH TARIK PERHATIAN PENERBIT

Alumni seminar, Shaza Baharuddin

Buku berjudul Dari Sentul Ke Sijangkang merupakan kisah hidup berpindah dari rumah ke rumah selepas mendirikan rumah tangga. Setiap perpindahan menemukan penulis dengan jiran, kawasan, gelagat dan ilmu berbeza.

300 HALAMAN KISAH MENGURUS SUAMI DIBUKUKAN

Alumni bengkel, Raudzah Arippin

Pengalaman mengurus situasi pasangan yang tiba-tiba diuji penyakit menjadi satu kisah inspirasi yang ditulis dan diterbitkan. Buku berjudul, Maaf, Suami Puan Kritikal menceritakan pengalaman kesabaran dan baik sangka kepada Tuhan yang cukup indah dan luar biasa. Ketika kulit buku ditunjukkan terus mendapat respon 1000 orang memilih desain kulit buku.

MEREKA TAHU DARI A KE Z HAL-HAL PENULISAN

Bahruddin Bekri. Penulis, Editor dan Penggiat Perbukuan

Sekiranya dalam kursus penulisan itu ada latihan dan aktiviti, ia mungkin bengkel. Sekiranya kita cuma mendengar dan bertanya, ia lebih kepada ceramah. Yang mana kedua-duanya bagus untuk penulis.

Boleh bertanya kepada trainer bengkel yang memang kerjanya memindahkan skill, seperti Cikpuan Azzah Abdul Rahman atau Tuan Zamri Mohamad. Mereka memang mengkaji bagaimana itu ini dalam penulisan. daripada teknikal sehinggalah pemasaran

Petikan rekomendasi di Facebook 2014

Peserta bertindak awal terus mendapat potongan 50% (RM390) 
Klik DAFTAR dan masukkan perkataan AWAL pada kotak diskaun.

8 Modul + 7 Hari Sebelum Bengkel + 1 Hari Bengkel + 45 Hari Susulan + Komuniti Sokongan  + Bahan Selepas Bengkel + Coaching

'KISAH KERJA' SEKARANG SIAP DITERBITKAN

Alumni, Tuan Fahmi Hassan, Ahli Farmasi KKM

Terima kasih Tuan Zamri Mohamad atas tunjuk ajar. Saya sudah dua kali ke kelas Tuan Zamri. Pertama di Putrajaya, dianjurkan oleh KKM.

Masa ini saya hadiri tanpa bayaran. Saya menulis tanpa hala tuju masa itu. Lepas kelas baru terfikir yang jika saya tak bukukan, tulisan saya akan dilupakan dalam masa 1-2 minggu sahaja.

Tapi biasalah, bila kelas percuma motivasi itu kurang kuat. Semangat datang sekejap sahaja. Lepas itu hilang.

Kali kedua saya mendaftar ke kelas Tuan Zamri pada tahun 2016. Bayar sendiri. Sekitar 30 orang dalam kelas tersebut.

Ulangkaji semula teknik yang pernah belajar sebelum ini. Tak cukup dengan itu, dikumpulkan alumni kelas di dalam aplikasi telegram.

Sentiasa ditanya bila hendak mengeluarkan buku. Haha. Memang rasa dipaksa untuk menulis (buku pertama, Cakar Ayam 2.0 terbitan Kata-Pillar).

Terima kasih Tuan.

Petikan respon di Facebook 

Buku Tuan Fahmi disenaraikan best-seller di MPH!

ANDA SETERUSNYA?

Bayangkan judul buku di sini [ ]

Ini kisah anda yang menulis buku pertama selepas menguasai formula Tulis, Terbit dan Tuju. Buku pertama yang terhasil pada tahun pertama.

Peserta bertindak awal terus mendapat potongan 50% (RM390) 

8 Modul + 7 Hari Sebelum Bengkel + 1 Hari Bengkel + 45 Hari Susulan + Komuniti Sokongan  + Bahan Selepas Bengkel + Coaching

PENERBIT MENUNGGU HASIL PESERTA BENGKEL INI

Abdul Kahar Abdul Hamid, Pengarah Urusan Must Read Publication

Bengkel penulisan dikendalikan mereka membantu kami (penerbit) mendapat penulis yang layak terbit, dimahukan pembaca dan ada pasaran.

Ada peserta selepas bengkel ini mencapai status best-seller dalam senarai kami.

Hasil bengkel ini bukan ‘syok sendiri’ malah faham apa dimahukan pembaca.

Modul-modulnya memenuhi keperluan semasa dan berkualiti.

Ini bukan bengkel menulis serupa seperti cara penulis yang berdiri di depan, tetapi tulis cara pasaran buku mahu.

Akhirnya penulis dapat hidup dengan karakter sendiri dan tidak terperangkap. Penerbit pun mendapat sentuhan yang unik.

Sehingga sekarang hasil selepas bengkel penulisan mereka masih dialu-alukan untuk dihantar kepada kami.

Ini Bukan Kebetulan

Kata Hamka, “Tugas kita adalah mencuba. Dalam mencuba itulah kita belajar membangunkan peluang untuk berhasil.”

Sekiranya anda bersusah payah dan sukar menulis buku yang sedap dibaca, anda berada di tempat yang betul. Menemui web pada hari ini bukan kebetulan.

Di sini tempat anda mencuba, mencipta peluang dan memetik buah-buahan hasil. Di sini menjadi tumpuan individu yang bermula kosong dan keluar sebagai penulis buku pertama.

Baca cerita mereka di bawah.

Apa kata Profesional?

Bengkel ini memotong separuh perjalanan panjang penulis baharu

BUKU PARA PENULIS DI SINI BERJAYA SENTUH 50,000 PEMBACA

Zuryati Isa, Pengarah Urusan Legacy Publishing

Para penulis yang mengikuti kelas mereka sudah membawa nilai lebih setengah juta ringgit jualan buku kami dalam pasaran.

Sebagai penerbit, kami rasa tempiasnya kerana buku-buku berkualiti ditulis oleh mereka.

Lebih 50,000 pembaca mendapat manfaat daripada buku-buku tulisan mereka yang terbit selepas mengikuti bengkel ini.

Latihan yang diberikan betul-betul memenuhi keperluan pasaran buku.

Penulis yang bermula kosong pun tidak meraba-raba mencari apa yang betul, semua sudah ditunjukkan dalam bengkel.

Editor pun mudah menguruskan manuskrip mereka.

Bengkel ini seperti memotong separuh perjalanan mereka dalam menjadi penulis.

Sebagai penerbit baru, kami amat teliti memilih rakan kerjasama.

Keputusan kami bekerjasama dengan mereka sejak awal penubuhan rumah penerbitan sehingga sekarang amat berbaloi.

Kami berhasrat dapat terus mengekalkan kerjasama ini, sekali gus bersama-sama membangunkan industri perbukuan negara sehingga ia menjadi satu industri yang dibanggakan negara.

Peserta bertindak awal terus mendapat potongan 50% (RM390) 

8 Modul + 7 Hari Sebelum Bengkel + 1 Hari Bengkel + 45 Hari Susulan + Komuniti Sokongan  + Bahan Selepas Bengkel + Coaching

Kisah Alumni

Mereka hadir, tulis, terbit dan tuju buku pertama

KISAH ANAK PRAMATANG DITULIS DAN MEMBERI HARAPAN

Alumni Puan Norhazizam Zamri

Pengalaman semasa melahirkan bayi pramatang mendorong beliau menulis panduan kepada ibu-bapa.

Buku pertama berjudul Pramatang, Kelahiranmu Satu Anugerah. Buku ditulis oleh bekas kerani senior JPJ menjadi saranan para doktor pakar dan jururawat wad bayi pramatang.

Buku yang mudah difahami oleh ibu-bapa ini menjadikan Puan Norhazizam jurucakap dalam kumpulan sokongan ibu-bapa.

ANDA SETERUSNYA

Bayangkan judul buku di sini [ ]

Ini kisah anda yang menulis buku pertama selepas menguasai formula Tulis, Terbit dan Tuju. Buku pertama yang terhasil pada tahun pertama.

Peserta bertindak awal terus mendapat potongan 50% (RM390) 

8 Modul + 7 Hari Sebelum Bengkel + 1 Hari Bengkel + 45 Hari Susulan + Komuniti Sokongan  + Bahan Selepas Bengkel + Coaching

Kisah Alumni

Seperti anda, mereka bermula dari kosong

KISAH 20 TAHUN PERKAHWINAN LELAKI NEGRO AKHIRNYA TERBIT

Alumni Dr Hayya Bilal

Selepas 20 tahun perkahwinan dengan lelaki Afrika, Dr Hayya menulis buku pertama Laki Aku Negro, Engkau Peduli Apa di bawah Puteh Press.

Ditulis bagi menjawab salah faham dan situasi yang datang daripada andaian orang sekeliling.

Buku kedua, Afrika, Aku Mai Lagi memberi kejutan kepada pembaca bahawa Afrika bukan seperti yang dijangka. Buku beliau menarik perhatian guru dan dijadikan buku alat bantu mengajar.

ANDA SETERUSNYA

Bayangkan judul buku di sini [ ]

Ini kisah anda yang menulis buku pertama selepas menguasai formula Tulis, Terbit dan Tuju. Buku pertama yang terhasil pada tahun pertama.

Peserta bertindak awal terus mendapat potongan 50% (RM390) 

8 Modul + 7 Hari Sebelum Bengkel + 1 Hari Bengkel + 45 Hari Susulan + Komuniti Sokongan  + Bahan Selepas Bengkel + Coaching

Kisah Alumni

Seperti anda, angan-angan menjadi perkataan

KISAH IBU-IBU BERSALIN TENANG BANTU BAKAL IBU

Alumni Puan Hanz Jamaluddin

Dua buah buku ditulis dalam tahun yang sama dan diulang cetak setiap bulan. Buku pertama berjudul Bersalin Tenang memberi panduan kepada bakal ibu mengawal rasa takut dalam menyambut kelahiran pertama. 

ANDA SETERUSNYA

Bayangkan judul buku di sini [ ]

Ini kisah anda yang menulis buku pertama selepas menguasai formula Tulis, Terbit dan Tuju. Buku pertama yang terhasil pada tahun pertama.

2,000 PEMBACA KISAH HUMOR IBU & ANAK

Alumni Puan Zatika Izzati Puade

Buku habis terjual 2,000 naskhah dalam tempoh 38 hari selepas mengaplikasi formula Tulis, Terbit dan Tuju. Buku berjudul 99 Stress Free Mummy diulang cetak 2,000 naskhah lagi oleh penerbit Must Read.

Peserta bertindak awal terus mendapat potongan 50% (RM390) 

8 Modul + 7 Hari Sebelum Bengkel + 1 Hari Bengkel + 45 Hari Susulan + Komuniti Sokongan  + Bahan Selepas Bengkel + Coaching

Apa Kata Para Profesional?

CETUS IDEA BANTU PENULIS

Tulisan Puan Ainon Mohd, Pengerusi PTS Media Group di media sosial

Pada usia 60 tahun, tentulah saya kenal banyak orang. Saya letakkan Tuan Zamri Mohamad pada kedudukan nombor satu dalam senarai orang paling kreatif yang saya pernah jumpa.

Status bertarikh 14 November 2010

Orang yang paling layak membimbing puan menulis buku non-fiksyen adalah Tuan Zamri Mohamad. Beliau juga dapat mengesan jenis bakat penulisan yang ada pada puan.

Beliau juga adalah literary agent kepada PTS. Mohon puan berkonsultasi dengan beliau dahulu.

Respon kepada soalan di status bertarikh 10 September 2012

BANTU BINA PASARAN PENULIS

Respon Puan Ain Maisarah, Novelis Remaja Nombor Satu Negara

Memasarkan diri sebagai penulis juga memerlukan ejen yang cekap dan rajin, katanya. Beliau yang memberikan tip mengenai Zamri Mohamad, seorang penulis, jurulatih penulisan dan ejen penerbitan yang mempunyai laman web untuk membantu penulis memulakan kerjaya

Petikan Temu Bual Berita Harian Singapura

RUJUKAN YANG DIPERCAYAI

Respon Tuan Izwan Wahab, Konsultan & Pengasas Nota Bisnes

Zamri Mohamad, pakar rujuk yang saya percaya. Content Strategy, iaitu apa nak tulis, kenapa nak tulis, bila mahu di-post, rehash untuk tujuan cross post, bagaimana promosi content dan lain-lain.

Petikan respon di Facebook pada Januari 2015

REVOLUSI BAKAT BAHARU

Respon Tuan Ahmad Naim Jaafar, Foresight, Ummatic Innovation

Bukan sedikit individu yang saya kenal yang telah berjaya merevolusi bakat mereka. Mereka sebenarnya biasa-biasa sahaja, sehingga mereka menjumpai 'diri mereka yang terbaik'.

Antaranya adalah Tuan Zamri Mohamad. Beliau adalah junior saya di UIA dahulu.

Hari ini beliau tokoh penulisan yang disegani dan dihormati atas karya beliau dan usaha murni beliau membangunkan lebih ramai penulis.

Beliau juga menggerakkan gerakan sosial 'baca@' bagi menggalakkan orang ramai budaya membaca di mana-mana sahaja.

Ketika dahulu, beliau selalu menulis di akhbar-akhbar tempatan. Pernah sekali beliau menulis berkenaan buku pertama saya , Membina Karisma pada tahun 2003.

Sejujurnya saya tidak kenal beliau tetapi saya sudah nampak sinar potensi yang berkilauan pada anak muda ini.

Bakat penulisannya terus digilap dengan dorongan dan pimpinan daripada guru penulisan Puan Ainon Mohd. dan rakan-rakan di PTS. Beliau mencuba pelbagai genre penulisan dan berkreativiti di sekitar bakatnya yang Allah kurniakan kepadanya iaitu bakat menulis.

Hari ini beliau berdiri sebagai penulis sepenuh masa dan menjadi pemegang obor menyalakan semangat ribuan orang lain yang memiliki bakat yang sama tetapi memerlukan bimbingan yang berterusan.

Petikan respon di Facebook pada Februari 2015

ANDA SETERUSNYA

Bayangkan judul buku di sini [ ]

Ini kisah anda yang menulis buku pertama selepas menguasai formula Tulis, Terbit dan Tuju. Buku pertama yang terhasil pada tahun pertama.

Peserta bertindak awal terus mendapat potongan 50% (RM390) 

8 Modul + 7 Hari Sebelum Bengkel + 1 Hari Bengkel + 45 Hari Susulan + Komuniti Sokongan  + Bahan Selepas Bengkel + Coaching

Kisah Alumni

Bermula sekarang dan mencipta hasil

KOLABORASI KARYA, KISAH PARANORMAL TEMUI PEMBACA

Alumni Puan Nida Zahar

Selepas bengkel, beliau mengaplikasi kaedah kolaborasi dengan menulis buku seram Kau Nampak! yang diterbitkan sendiri. Buku berdasarkan pengalaman kumpulan anak muda yang dikenali di YouTube dalam aktiviti paranormal. Nida juga menggerakkan galeri Cheritara.

ANDA SETERUSNYA

Bayangkan judul buku di sini [ ]

Ini kisah anda yang menulis buku pertama selepas menguasai formula Tulis, Terbit dan Tuju. Buku pertama yang terhasil pada tahun pertama.

Peserta bertindak awal terus mendapat potongan 50% (RM390) .

8 Modul + 7 Hari Sebelum Bengkel + 1 Hari Bengkel + 45 Hari Susulan + Komuniti Sokongan  + Bahan Selepas Bengkel + Coaching

FAQ

YURAN

Yuran mahal? Penganjur cuba merendahkan kos pada jumlah yang dinyatakan di atas. Kos meliputi lapan modul. Bengkel ini dilihat melebihi satu hari hubungan trainer dan anda. Sebelum, semasa dan selepas bengkel. Aplikasi semua modul untuk ROI anda (return of investement)

PENGANGKUTAN

Turun di Stesen LRT Sultan Ismail berjalan kaki sepanjang jejambat ke bangunan Menara Maju. 


Sekiranya mengambil Grab. Masukkan lokasi sebagai Perbadanan Kota Buku

HOTEL

Tune Hotel 

PULANGAN

Tidak ada Refund atau pulangan semula jika tidak dapat menghadiri bengkel. Tetapi pengganti ke kelas dibenarkan atau menerima bahan yang sama melalui siri video sebagai pengganti. 

ULANGAN

Tidak ada jaminan kursus akan diulang. Bengkel ini bukan acara bulanan. Trainer terlibat dalam aktiviti menulis buku dan perundingan. Yuran juga akan berubah.

JAMINAN

Bengkel bukan magis kepada penulis. Setiap orang mempunyai kesan berbeza. Peserta yang mengharapkan cara goyang kaki tidak digalakkan masuk. Para peserta di kiri dan kanan anda merupakan premium dan profesional. Mereka bermula kosong dan akan menyokong anda sebagai rakan penulis yang berkualiti.

Peserta bertindak awal terus mendapat potongan 50% (RM390) 

8 Modul + 7 Hari Sebelum Bengkel + 1 Hari Bengkel + 45 Hari Susulan + Komuniti Sokongan  + Bahan Selepas Bengkel + Coaching

Pendaftaran dan pengurusan acara di bawah DNC Venture Sdn Bhd 1144705-A

Abstract blue background by Freepik & icons oleh Flaticon